Pages

Friday, December 9, 2011

- KemBaRa-

2 Disember 2011 merupakan "Kembara Terakhir" buat saya dan sahabat baik saya Thiplatul Azhar bagi tahun 2011.  Ia merupakan program penutup bagi tahun 2011. Sepanjang tahun 2011 banyak tempat yang telah kami jelajahi bersama-sama. Bermula pada awal tahun dengan pendakian kami ke Bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Irau, Pahang, Taman Negara, Pulau Pinang, Program Cuti-Cuti Malaysia ke Sarawak (destinasi paling jauh untuk tahun 2011), Bukit Larut, Taiping dan yang terakhir adalah Taman Negara, Pahang. " Tahun ni paling banyak kita berjalan" kata sahabat saya. Tersenyum saya dengan komen Thip. Betul la tu. Tak boleh disangkal lagi..Ikutkan masih ada lagi program yang kami rancangkan untuk tahun 2011, tapi masa tidak mengizinkan. Insyaallah, jika ada umur dan diizinkanNYA tahun depan boleh sambung lagi.

                                     : Google Map 'Kembara' kami :

Kembara selama 4 hari 3 malam kami bermula dari  rumah sewa saya di Kg. Tok Muda, Kapar. Walaupun pada awalnya terdapat sedikit salah info antara kami, tapi alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan. Perjalanan kami bermula pada pukul 10 pagi melalui Lebuhraya Utara Selatan ke Lebuhraya Duke dan kemudiannya memasuki Lebuh Raya Karak. Keluar tol mana saya tak ingat sebab bukan 'driver' kan.So malas nak tengok jalan. Yang pastinya kami melalui bandar Temerloh yang mana bandar ini sangat terkenal dengan ikan patin. Ikan yang tidak saya gemari.. Nasib baik semasa kami melalui bandar ikan patin ini, sudah melepasi waktu makan tengah hari. Jadi gerai makan yang menjual masakan ikan patin sudah tutup. Alhamdulillah..kalau tak mau kena paksa makan ikan patin pulak, seperti mana kena paksa makan sushi..hoho.. Perjalanan diteruskan ke Taman Negara Pahang melalui Jerantut dan Jengka.

                                            : Teresek View Motel :

Kami tiba di Taman Negara Pahang lebih kurang pukul 4 petang. Perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari tempat penginapan. Teresek View Motel telah menjadi pilihan untuk penginapan kami. Sebuah motel bajet yang selesa dengan kadar bayaran RM50 semalam bagi bilik yang mempunyai kipas dan RM60 untuk bilik yang mempunyai 'air cond'. Pilihan kami adalah bilik yang mempunyai 'air cond' dan menghadap ke arah Sungai Tembeling. Selesai urusan penginapan, kami ke gerai Bunian (gelaran yang diberi oleh tuan punya gerai) yang terletak berhadapan dengan Teresek Motel untuk mengisi perut yang sudah mula menyanyikan lagu  'rock kapak'. Menu pilihan - Megi goreng dan Milo O..Alhamdulillah..cukup untuk mengalas perut.

Selesai melayan perut, kami 'check in' ke tempat penginapan untuk berehat dan menunaikan Solat Jamak Qasar Zohor & Asar. Usai solat, kami merehatkan diri sambil merancang aktiviti yang akan dibuat pada malam tersebut dan keesokan harinya. Selepas membersihkan diri dan solat Maghrib-Isyak, kami memutuskan untuk keluar makan malam di Restoren Mama Chop ( Restoren Terapung di atas Sungai Tembeling ). Menu makan malam : Ikan kembung sweet sour-sayur goreng-french fries- jus oren & jus lemon.. Selesai makan, kami mengambil angin malam di sekitar kawasan penginapan. Program untuk mengikuti Night Jungle Walk kami batalkan kerana masing-masing keletihan.

                                          : Restoren Mama Chop :

bersambung...

3 comments:

  1. wah...pengembaraan 2011 terakhir yang menyeronokkan...memang seronok nie walaupun penat kan....bilalah dapat ikut nie...boleh ke idak ye...Aritupun mengembara senyap2 je...hihihihi
    sampai demam2 deman kepenatan ye...

    Apapun tahniah berjaya menamatkan pengembaraan dengan geng sahabat baik tu....tahniah...

    ReplyDelete
  2. Trimas ya cikgu Maamin. boleh saja kalau nak ikut..nak dengan tak nak je..sanggup dengan tak sanggup je.. malu dengan tak je...biasanya nak join kalo ada GBS je..tade GBS tanak ikut..hmm..yelahkan..

    ReplyDelete
  3. Tiada apa tinggal. Hanya catatan blog usang ini

    ReplyDelete