Pages

Wednesday, March 5, 2014

::SeTaHuN LeBiH::

Lamanya tak menulis.. Lupa macam mana nak mula menulis.. Idea dah tepu walaupun hari-hari pegang pen dan menulis. 

Setahun lebih kosong tanpa apa-apa coretan. Agaknya kalau rumah kosong, lama dah berhabuk tebal dan bersawang. Silap-silap dah ada penunggu pun..

Hari ini mengajar tentang ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang. Seronok tengok gelagat murid-murid cuba menukarkan ayat tunggal susunan biasa kepada ayat tunggal susunan songsang.
:)

Ibu masih belum datang. (ayat tunggal susunan biasa)
Jawapan murid :- Ibu belum masih datang.. (cubaan untuk menukarkan kepada ayat tunggal songsang)
Masih belum datang, ibu.

Tidak berkhasiat makanan itu. (ayat tunggal susuanan songsang)
Makanan itu tidak berkhasiat. (ayat tunggal susunan biasa)

24 waktu BM.. tak ada PJ, tak ada DSV.
:)
SYMP

Thursday, June 14, 2012

Makanan Sarawak

Sabtu minggu lepas saya berkesempatan ke Ukay Perdana untuk mencari menu makanan Sarawak.. Selepas kecewa malam sebelumnya tidak dapat menikmati Laksa Sarawak di Bukit Jelutong, misi diteruskan pula ke Ampang. Entah kenapa sejak-sejak seminggu lepas teringin sangat hendak menikmati laksa Sarawak.. Teringat-ingat keenakan Laksa Sarawak dan Mee Kolok di Pasar Serikin ... Harganya murah dan sangat sedap..

Kafe Hadeeja Kek Lapis Segar, Ukay Perdana telah menjadi pilihan untuk program Ronda-Ronda Cari Makan kali ini. Sahabat saya mencadangkan supaya kami mencuba menu makanan Sarawak di sini selepas menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di televisyen. Agak sukar juga mencari lokasi kafe ini kerana ia terletak di bangunan rumah kedai yang agak tersorok. Kami berpusing-pusing agak lama juga sebelum lokasi   kafe ini ditemui..

Bagi yang ingin mencuba makanan Sarawak, kamek cadangkan kitak datang ke kafe Hadeeja ini, dan rasai sendiri makanannya... sik cuba, sik tahu.. :) 

Sebelum mengunjungi kafe ini, eloklah kiranya dibuat sedikit persediaan seperti bertanyakan arah pada Encik Google map... ataupun boleh juga menghubungi staf di kafe tersebut. Mereka sangat ramah dan sedia membantu anda.. :)

Ok..di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan semasa mengunjungi kafe tersebut.. enjoy the picture!! ;)










Hadeeja Kek Lapis Segar No.1 - G, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, 68000, Ampang, Selangor. 
Business Hours: 10am - 10pm Tuesday till Sunday Monday Cuti.
017-389 5975


Destinasi Ronda-Ronda Cari Makan seterusnya.... ~Restoran Dapur Sarawak~ Insyaallah, jika dipanjangkan umur..


Tuesday, June 5, 2012

Rinduku Tiada Yang Tahu


Andai burung camar di lautan
Merasakan derita jiwaku
Hati yang menangis tiada tertahan
Sedih ku tak seorang pun tahu


Betapa keras hatiku ini
Aku tak pernah berpaling cinta
Jangan kau seksa batin yang lemah ini
Kau campakkan daku tanpa pesan

Diri mu masih penuh erti
Ku ingin mesra bagai dahulu
Cinta mu masih di hatiku
Tertanam memberi kemesraan

Burung burung camar hiburlah hatiku
Burung burung camar titik rinduku
buat sidia dia yang sangat ku sayang
Si dia dia yang sangat ku sayang

Betapa kerap karam di pantai
Menjaris oleh ingin tentang badai
Betapa besar cinta ada di hati
Menjaris bila dilanda sepi

Rinduku Tiada Yang Tahu by Endang S. Taurina

~lovely song~
^-^

video



Sunday, April 29, 2012

Kerinduan iTu..

Genap 2 minggu pemergian arwah. Peristiwa 2 minggu lepas masih segar diingatan.. Mana mungkin bisa dilupakan.. 

42 hari selepas pemergian arwah kak long, diikuti pula dengan pemergian arwah atas sebab yang sama. 

2 hari lagi ulangtahun kelahiran arwah.. tak sangka arwah tak sempat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 67.

Ya...Itu takdir yang telah ditentukankan. Harus terima dengan hati yang REDHA...

Dikala kerinduan itu menjengah, hanya doa yang mampu dilafazkan..

Al-fatihah buat arwah abah, tok wan, tok dan kak long.. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kalian dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 

Amin..






Friday, April 13, 2012

Suatu Perkhabaran..

Satu berita yang paling tidak ingin didengari diterima pagi tadi.. Bergegas pulang ke kampung.

Sampai di Taiping terus menaiki ambulans ke KPJ Ipoh Specialist.

Berita yang dikhabarkan oleh doktor amat mendukacitakan.

 "There's no guarantee. His condition is critical. Even though he survived, he will no be able to talk and will be paralyzed."

Ya Allah.. Dugaan yang sangat2 besar buat kami..

Aku bermohon kepadaMU Ya Allah..Permudahkan lah segalanya.. Selamatkanlah dia Ya Allah.


Tuesday, March 20, 2012

||Sedang Apa dan Di Mana||

dulu slalu ada
waktu untuk kita
kini ku sendiri

dulu kata cinta
tak habis tercipta
kini tiada lagi

sedang apa dan di mana
dirimu yang dulu kucinta
ku tak tau tak lagi tau
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

sedang apa dan di mana
dirimu yang dulu kucinta
ku tak tau tak lagi tau
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani janji hati kita


Sunday, March 4, 2012

Mati Itu Pasti...

" Mati itu pasti... hidup itu InsyaAllah ".... ungkapan yang sering disebut oleh Ramlee Awang Murshid menerusi watak ciptaannya - Laksamana Sunan..


Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.. DIA tidak memerlukan sebab musabab yang kukuh untuk memanggil kita pulang kepadaNYA, bila - bila masa sahaja.. Itu sudah pasti.. 


Hanya mengadu sakit kepala dan meminta panadol untuk dimakan bagi menghilangkan sakit.. Arwah dijemput pergi dalam tidurnya.. Tidur buat selama-lamanya tanpa disedari oleh ahli keluarga.. Pemergian yang tiba-tiba amatlah mengejutkan.. 


Buat abg long & anak-anak buahku- Semoga tabah menghadapi dugaan yang datang.. Dalam senyuman kalian menyambut ketibaan kami petang tadi, ternyata di mata kalian tersembunyi seribu kesedihan... 


Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 


Amin..


Al-fatihah buat arwah kak long...