Pages

Monday, January 9, 2012

Kembara Broga

Kunjungan kali ke-3 ke Bukit Broga merupakan kunjungan kali pertama saya bagi tahun 2012.. Berbeza dengan kunjungan kali pertama dan ke-2, kali ini saya memilih mendaki Bukit Broga pada waktu petang untuk menikmati suasana senja di puncak.

Pemanduan dari Kapar ke Semenyih mengambil masa kira-kira satu jam setengah termasuk berenti solat Asar di stesen minyak yang berhampiran. Saya tiba di ladang kelapa sawit yang merupakan tempat permulaan untuk mendaki ke Bukit Broga lebih kurang pukul 5.20 petang.

Setelah menyiapkan semua keperluan ( air mineral, Sneakers, lampu suluh, DSLR ), saya memulakan pendakian pada pukul 5.30 petang. Walaupun mendaki Bukit Broga dikatakan tidak mencabar dan santai, bagi sesiapa yang sudah lama tidak melakukan aktiviti mendaki atau tidak melakukan senaman, agak semput juga rasanya..

::: Pemandangan dari puncak ke 2 :::

Pendakian ke puncak  mengambil masa lebih kurang 45 minit.. Terdapat 3 puncak yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak terakhir.

::Papan tanda yang menyambut ketibaan pendaki
yang berjaya sampai ke puncak::

Pengunjung pada petang itu tidak seramai pengunjung pada waktu pagi.. Lebih selesa untuk menikmati waktu senja di atas puncak tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai..

:: Pemandangan senja di puncak Broga::

::Syukur kepada Allah s.w.t atas kesempatan
yang diberikan::

Lebih kurang 50 minit berada di puncak Broga, saya kembali turun sebelum hari beransur gelap. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 20 minit dari puncak pertama.. 

Pukul 7.30 malam saya sudah berada di dalam kereta untuk meneruskan perjalanan mencari masjid untuk menunaikan solat Maghrib..

Di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan untuk kunjungan kali ini.. Mungkin kunjungan seterusnya akan dilakukan pada waktu malam pula.. Insyaallah...

 



Selesai "entry" ke Bukit Broga....







2 comments:

  1. wahh lawa pic.. taun nie nk kena try naik broga time sunset plak lah.. ramai org tak ptg?

    ReplyDelete
  2. tenkiu Dan Arif.. =) petang tak ramai macam pagi.. last year saya dah naik 2 kali waktu pagi..ya Allah..rasa macam pegi Mid Valley je..sesak sgt dgn manusia..taun nie saje try naik ptg utk tgk sunset..Insyaallah, nak cuba naik waktu malam untuk tgk bintang dan bulan pulak...

    ReplyDelete