Pages

Thursday, June 14, 2012

Makanan Sarawak

Sabtu minggu lepas saya berkesempatan ke Ukay Perdana untuk mencari menu makanan Sarawak.. Selepas kecewa malam sebelumnya tidak dapat menikmati Laksa Sarawak di Bukit Jelutong, misi diteruskan pula ke Ampang. Entah kenapa sejak-sejak seminggu lepas teringin sangat hendak menikmati laksa Sarawak.. Teringat-ingat keenakan Laksa Sarawak dan Mee Kolok di Pasar Serikin ... Harganya murah dan sangat sedap..

Kafe Hadeeja Kek Lapis Segar, Ukay Perdana telah menjadi pilihan untuk program Ronda-Ronda Cari Makan kali ini. Sahabat saya mencadangkan supaya kami mencuba menu makanan Sarawak di sini selepas menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di televisyen. Agak sukar juga mencari lokasi kafe ini kerana ia terletak di bangunan rumah kedai yang agak tersorok. Kami berpusing-pusing agak lama juga sebelum lokasi   kafe ini ditemui..

Bagi yang ingin mencuba makanan Sarawak, kamek cadangkan kitak datang ke kafe Hadeeja ini, dan rasai sendiri makanannya... sik cuba, sik tahu.. :) 

Sebelum mengunjungi kafe ini, eloklah kiranya dibuat sedikit persediaan seperti bertanyakan arah pada Encik Google map... ataupun boleh juga menghubungi staf di kafe tersebut. Mereka sangat ramah dan sedia membantu anda.. :)

Ok..di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan semasa mengunjungi kafe tersebut.. enjoy the picture!! ;)










Hadeeja Kek Lapis Segar No.1 - G, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, 68000, Ampang, Selangor. 
Business Hours: 10am - 10pm Tuesday till Sunday Monday Cuti.
017-389 5975


Destinasi Ronda-Ronda Cari Makan seterusnya.... ~Restoran Dapur Sarawak~ Insyaallah, jika dipanjangkan umur..


4 comments: