Pages

Thursday, February 9, 2012

Taman Metropolitan

Sambungan dari 'entry' yang lalu - Canopy Walkway versi FRIM.. bersawang sudah 'entry' nie lama sangat tidak disentuh..

Ok..selepas selesai program di FRIM.. terasa macam nak 'repeat' ke Taman Metropolitan, Kepong. Kali pertama pergi dulu, tak ambil gambar tasik dan yang penting tak ambil gambar 'sunset'. Hanya duduk di tepi taman, melihat orang bermain layang-layang, melihat gelagat orang, mengambil gambar orang dan layang-layang..Selesai....Balik....

Keputusan diambil untuk 'repeat' ke Taman Layang-Layang... tapi...baru masuk waktu Zohor.. awal lagi...Hmmm.... terus memandu ke stesen minyak Petronas MRR2 berhadapan dengan Taman Metropolitan....Siap-siap bersihkan diri dan menukar pakaian.. 

Sekilas melihat jam di tangan..Pukul 2 petang.. Cuaca masih panas, tetapi layang-layang sudah ada yang berterbangan bebas di udara. Teringat pada teman yang masih berada di IJN. Khabarnya sudah sedar. Terus menghalakan Cik Viva Hijau ke Kuala Lumpur.

Lebih kurang pukul 5 petang, Cik Viva Hijau dihalakan semula ke Taman Metropolitan. Wah!! Sudah banyak kereta rupanya.. Kereta bersusun di sepanjang jalan di MRR2. Berdoa kepada DIA moga dipermudahkan segalanya. Niat di hati ingat melihat kebesaran alam cipataanNYA.

Alhamdulillah..apabila memasuki tempat letak kereta di dalam taman tersebut, memang semuanya sudah penuh...tetapi DIA memudahkan segalanya..Kebetulan ada sebuah kereta yang ingin keluar. Terus signal diberi dan masuk ke petak "parking".

Siap-siapkan semua peralatan, terus bergerak memasuki taman.. Memang tersangatlah ramai umat manusia pada hari itu. Sangat-sangat meriah. Seronok pula melihat gelagat manusia.. Daripada yang kecil hinggalah dewasa. Daripada yang duduk bersantai-santai hinggalah yang berkelah dengan makanan yang pelbagai jenis.


Taman Metropolitan ini sangat popular dengan aktiviti bermain layang-layang. Ia terletak di tepi jalan di MRR2, Kepong. Taman yang  berukuran 3.0 hingga 3.3 km setiap pusingan ini bukan sahaja menjadi tumpuan untuk bermain layang-layang, malah ia juga merupakan taman untuk aktiviti berjogging, berbasikal dan ada juga yang berkelah. Hampir setiap petang taman ini dipenuhi dengan umat manusia. Tambahan pula jika cuti hujung minggu..Teramatlah meriah suasana di sini. Bayangkan jika aktiviti sukan air diperkenakan di sini, sudah tentunya semakin ramai yang berkunjung. 




Kaki di arah mengeliling taman dan terus ke tepi tasik..Sempat menaiki menara yang terdapat di tepi tasik dan setia menanti kunjungan Sang Mentari Senja di balik pohonan bambu. Lebih kurang pukul 6 lebih, tempat menanti  bertukar dari di balik pohonan bambu ke atas jeti di tepi tasik.



Seronok rupanya duduk di atas jeti (kukuh-tak bergoyang) melihat air tasik yang tenang. Terfikir juga.. Air yang tenang jangan disangka tiada Sang Bedal.. Alahaiii...dibuatnya Sang Bedal betul-betul muncul dan ngaapppp...huhuhu... selamat menjadi makan malam Sang Bedal..( haiii laaa... kenapalah imaginasi kuat sangat nie?? )

Sambil duduk seorang diri di atas jeti, datang Incik Jungle Sun dengan kamera Canonnya.. Sempat berbual serba sedikit tentang fotografi sebelum Sang Mentari Senja yang ditunggu-tunggu menjelma. Terus bangun dan merakamkan beberapa keping gambar. 




Terdengar laungan azan berkumandang di udara, lantas pemandangan yang disajikan di hadapan mata ditinggalkan. Langkah disegerakan meninggalkan taman yang terletak di tengah kota metropolitan ini dengan 1001 kenangan...

No comments:

Post a Comment