Pages

Tuesday, January 24, 2012

|| Canopy Walkway versi FRIM ||

Ingin berkongsi pengalaman kembara ke FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ), Kepong minggu lalu. Patutnya last week lagi dah update entry ke FRIM nie, tapi disebabkan oleh ke'bz'an yang menjadi-jadi maka terpaksalah entry nie bersawang sekejap di dalam drafts..

FRIM- sebuah tempat yang sudah lama diketahui..Pernah sekali berkunjung bersama rombongan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka untuk program Kembara Seni semasa di UiTM Shah Alam lebih kurang 7 tahun yang lepas. Apa yang diketahui tentang FRIM ini hanyalah sebuah hutan simpan. Itu sahaja. TITIK..

Selepas lebih kurang 7 tahun berlalu barulah tergerak hati untuk 'explore' FRIM nie. Itu pun disebabkan oleh cerita sabahat saya tentang 'Canopy Walkway' yang terdapat di dalam FRIM. Owh...baru la tahu yang canopy walkway ada di FRIM..Ingatkan hanya terdapat di Taman Negara sahaja..huhu

Misi pagi Ahad - 15 Januari 2012 adalah untuk merasai pengalaman meniti Canopy Walkway versi FRIM. (versi Taman Negara Pahang dah rasa....perghhh)

Serba sedikit maklumat yang ingin dikongsi tentang Canopy Walkway di FRIM - panjang titian tersebut adalah 150m dan ia dibina 30m dari paras tanah..Laluan ini dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna.

Saya tiba di FRIM lebih kurang pukul 10.10 pagi dan terus ke Kedai Cenderahati FRIM yang terletak di Zon D. Tiket untuk menaiki Canopy Walkway hanya boleh dibeli di kedai tersebut bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.30 petang sahaja. Tiket masuk adalah sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Itu adalah harga bagi warganegara Malaysia sahaja. Jika anda membawa rakan dari luar negara, harga tiket bagi mereka ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak..



|| Peta untuk ke Canopy Walkway || diambil daripada website FRIM ||

Setelah menyiapkan segala kelengkapan, saya memulakan trekking  lebih kurang pukul 10.30 pagi. Untuk sampai ke canopy walkway, pengunjung terlebih dahulu perlu berjalan meredah hutan melalui Rover Track. Perjalanan melalui Rover Track mengambil masa lebih kurang 30-45 minit (900m) mengikut tahap kecergasan masing-masing. Seperti biasa, perjalanan saya sudah tentunya mengambil masa yang paling lama kerana berhenti untuk klik-klik... =)


Perjalanan melalui Rover Track tidaklah sukar. Hanya trekking yang santai. Setelah 900m berjalan melalui Rover Track, pendakian untuk ke canopy walkway bermula. Mengah jugalah mendaki untuk sampai ke 'entrance'. huhu

Rover track juga adalah laluan bagi
pengemar sukan berbasikal..

|| Laluan pendakian untuk ke 'entrance' Canopy Walkway ||

Kemengahan mendaki terbayar seraya berada di atas titian tersebut. Serasa berada di negara Winter Sonata pula. Macam musim luruh di negara kegilaan remaja zaman sekarang. Daun-daun berguguran tatkala dihembus angin. (haha..ayat klise sgt..) Macam tak nak turun je rasanya.. =)

Kembara saya ke FRIM berakhir lebih kurang jam 1.15 petang. Di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa berada di sana....






|| Crown Shyness ||

Selesai.. Next 'entry' ~ Taman Metropolitan, Kepong @ Taman Layang-Layang...







6 comments:

  1. smart2 gambarnyer...tp aku rasa sayu...teringat arwah pa aku...Di FRIM ni lah tmpt arwah belajar..=)

    ReplyDelete
  2. eh x pnah tau pon ada canopy walk kat FRIM.. ok nk kena pegi lah mcm nie.. gambar yg last & 2nd last tu cantik btol pokok2 tu..

    ReplyDelete
  3. tenkiu tembakaujiwa..erm..kena tukar nama lain dah kot nanti..hehe...ermm.. teringat pada arwah, sedekahkan Al-Fatihah yea..moga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  4. Dan Arif : hehe..saya pun baru tau..tu yang pegi explore tu...sile2..jgn lupa masukkan FRIM dalam plan anda k...hehe.. tenkiu2..pegi FRIM nanti, boleh la ambil byk2 gambar crown shyness tu.. :D

    ReplyDelete
  5. boleh saja Noor Maamin Ardi...tapi kot cikgu2 lain la yang tak nak..huhuhu..kita LADAP geng GBS je la nak??

    ReplyDelete