Pages

Thursday, January 26, 2012

Jemputan dari DIA



Travelog Haji - Tidak pernah terlintas pun difikiran sebelum ini untuk membaca Travelog Haji. Sibuk membaca travelog tentang Indonesia, Cambodia, Eropah, Asia, Korea dan lain-lain negara lagi. Mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati. MEKAH- belum pernah terbaca lagi..

Buku 'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' telah lama dibeli. Jika tidak silap bulan 12 tahun lepas di SACC Mall, Shah Alam. Baca sedikit..TUTUP... Sambung baca buku lain.. Dua, tiga kali begitu..Akhirnya buku ini terdampar sepi di atas meja di dalam bilik.

Semalam, entah mengapa seperti terpanggil untuk mengambil dan membaca buku ini semula. Lantas buku tersebut dicapai dan mula membaca. Niat di hati ingin menghabiskan bacaan dalam tempoh setengah hari.

Jika buku Fiksyen 302 dan Mikhail karya RAM boleh dihabiskan dalam masa 1 hari, tak mungkin buku yang hanya mempunyai 49 bab dan 172 ms tidak dapat dihabiskan dalam masa setengah hari. Insyaallah..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walau apa pun, semua itu di atas ketentuanNYA. Jika diizinkan olehNYA.

'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' merupakan sebuah buku yang ditulis oleh Profesor Dr. Kamil Ibrahim. Seorang Profesor Perakaunan di UiTM, Shah Alam. Buku ini mula diterbitkan pada tahun 2008. Gaya bahasanya yang mudah, ringkas dan bersahaja mampu menggoncang hati dan perasaan - kata Dato' Dr Zaini Mohd Arief, pembeli 1000 naskah pertama.

Bagi saya, buku tulisan Prof Dr Kamil ini sangat-sangat menarik. Benar seperti kata Dato' Dr. Zaini, bahasanya mudah dan ringkas.. Subhanallah.. Hanya perkataan itu yang mampu diucapkan semasa membaca kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr. Kamil. 

Pengalaman mengerjakan ibadat haji yang diceritakan oleh Prof. Dr. Kamil ini sangat-sangat menyentuh hati saya. Peristiwa yang berlaku kepada beliau, isteri, adik, kakak serta jemaah-jemaah haji yang lain diceritakan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan sebarang rasa aib dan riyak. Banyak peristiwa yang diceritakan membuahkan rasa sebak dan insaf dalam diri. Keinginan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah begitu kuat..

Buku ini ternyata mengubah tanggapan saya. Jika dulu, saya fikir biarlah orang-orang yang sudah berumur pergi dahulu mengerjakan haji. Kita yang masih muda ini buat apa hendak sibuk-sibuk. Berilah peluang kepada mereka. Mungkin umur mereka tidak panjang. Masyaallah..begitu ceteknya akal fikiran saya. Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki..Itu semua adalah ketentuan Allah swt....Astaghfirullah...Ya Allah..jahil sungguh diri ini. Ampunkan kekhilafanku ya Allah...

Benar seperti apa yang ditulis oleh Prof. Dr. Kamil~menunaikan fardu haji secara holistiknya adalah sebuah jemputan yang istimewa daripada 'tuan rumah, pencipta yang maha agung. Jika tiada jemputan daripadaNYA, maka walaupun sudah mempunyai pasport dan gelang haji, pemergian ke Tanah Suci terpaksa ditangguhkan. Teringat cerita Haji Ghazali (rakan sekerja) semasa di puncak Gunung Angsi. Beliau menceritakan bagaimana Allah swt membukakan hati beliau untuk menunaikan rukan islam yang ke 5 kepada saya dan Amin. Sayu terasa mendengar kisah beliau yang ada sedikit persamaan dengan kisah Prof. Dr. Kamil. Pelbagai bentuk jemputan yang dikirimkan oleh DIA kepada hambaNYA... Bagaimanakah bentuk jemputan yang bakal dikirimkan oleh DIA kepada saya?? Bilakah saya akan menerima jemputan daripada DIA? wallahhualam.. Hanya doa yang mampu dipohon kepada DIA agar diberikan jemputan istimewa tersebut sebelum mata terpejam dan jasad menjadi kaku....

" Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin menunaikan fardu haji. Jemputlah daku, ya Allah. Berikanlah kecukupan wang ringgit. Berikanlah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berikanlah keringanan hati untuk menghadapmu, ya Allah." 
(petikan doa oleh Prof. Dr. Kamil di dalam bukunya)

Moga doa ini juga berhasil untuk saya menerima jemputan istimewa daripada DIA.. Insyaallah...

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk." ( Surah Ali Imran, ayat 97 )

4 comments:

  1. Insyaallah...x lama lagi zurhaini dpt pergi menunaikan haji...lepas haji saya kena panggil zurhaini sebagai hjh zurhaini...seronoknyalah kawan2 bila ada kawan yg dapat menunaikan haji...dah pergi haji agak2 boleh mendaki gunung angsi lagi x?

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...doakan ek..tenkiu2...
    Asal ek?? dah tak boleh mendaki ker? Haji Ghazali tu boleh je...hehehe

    ReplyDelete
  3. ke gunung sama di daki...ke lembah sama dituruni...hehehe...apada...boleh lagi ke..pakai jubah ...

    ReplyDelete
  4. eh..sape kata balik dari mekah kena pakai jubah je??? huh!! apedaaaa...

    ReplyDelete