Pages

Friday, January 13, 2012

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali...

Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan berita tentang kematian.. Baru 2 hari lepas mendapat khabar berita tentang ayah rakan sekerja meninggal dunia di Kelantan..Pagi ini satu lagi berita diterima tentang ibu kepada bekas anak murid dan isteri kepada NYDP PIBG SKTM meninggal dunia. ~Innalillahiwainnailahirojiun~

Hari ini juga merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah perkuburan di Kg. Tok Muda. Sayu terasa apabila kaki melangkah memasuki tanah perkuburan. Sempat disedekahkan surah Al-Fatihah buat penghuni2 di situ..Walaupun hanya dengan berjaket dan berseluar slack, hati tetap terasa mahu melihat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir buat allahyarhamah. Ramai penduduk kampung yang hadir pada majlis pengkebumian tersebut.

Sedikit terkilan kerana terlambat ke tanah perkuburan ( walaupun hanya terletak di hadapan sekolah ). Apabila kami ( kumpulan guru2 ) yang pergi menziarah tiba di tanah perkuburan, jenazah allahyarhamah telah dikebumikan. Hari ini merupakan hari Jumaat, jadi urusan pengkebumian harus disegerakan kerana kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat..Kami menunggu hingga selesai bacaan talkin dan doa..

Walaupun tidak saya ketahui nama allahyarhamah, tetapi saya pernah berjumpa dengannya buat kali pertama dan terakhir di Majlis Makan Malam BKGK SKTM tahun lalu di Hotel Presscott, Klang.. Allahyarhamah merupakan seorang ustazah dan pernah mengajar di SRA Kg. Tok Muda. 

Sebelum balik, kami sempat bertemu dengan anak kembar allahyarhamah yang merupakan anak murid pertama saya ketika mula-mula bergelar pendidik..Mereka berdua kini berada di dalam tingkatan satu.

Zafri dan Zuhri-Dua kembar yang tidak seiras..Mempunyai perwatakan yang berbeza. Zafri ternyata tampak lebih matang daripada Zuhri. Wajah kedua-dua nampak tenang, tetapi dalam hati hanya mereka dan DIA sahaja yang tahu..

Hanya bersalaman dengan mereka sudah membuatkan mata berkaca. Terasa ingin dipeluk mereka untuk memberi sedikit kekuatan. Maafkan cikgu..ternyata cikgu kamu ini bukanlah seorang yang kuat. Terpandang Kak Sue memeluk kedua-dua mereka..Air mata mula mengalir..Terus membelakangkan mereka. Air mata disapu dan terus melangkah keluar dari tanah perkuburan. Tak dapat menahan sebak melihat situasi tersebut.

Otak mula berfikir.. Adakah berita2 kematian yang seringkali didengar ini merupakan satu amaran ataupun  petanda untuk saya supaya lebih mengingat tentang kematian??

Bagaimanakah jika perkara ini terjadi dikalangan ahli keluarga terdekat??..Dapatkah saya menghadapi semua dugaan tersebut??...ataupun mungkinkah akan terjadi pada diri sendiri??...

Wallahhualam...

KEMATIAN itu pasti...cuma bila dan di mana menjadi RAHSIA.. Sesesungguhnya dari DIA kita datang, dan kepada DIA jugalah kita kembali...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... 

Al-Fatihah...

1 comment:

  1. Mati itu pasti...Hidup itu InsyaAllah..

    Kita jua akan ke 'sana'. Moga kita dalam redhanya.

    senyumlah...=)

    ReplyDelete