Lama rasanya tak 'update' blog dan masukkan gambar-gambar ke dalam FB. Semakin dekat hari yang ditunggu-tunggu, semakin banyak pula kerja - kerja yang perlu disiapkan. Semakin sibuk jadinya...
Persiapan untuk aktiviti bulan 3 sedikit tertunda. Perlu disiapkan kerja - kerja yang bertimbun itu jika tidak mahu kepala berserabut selepas pulang dari bercuti..
13 hari lagi akan bermula cuti sekolah bagi penggal pertama dan juga perjalanan untuk ke negara Gajah Putih. Begitu teruja dengan perjalanan kali ini, tetapi sedikit tidak keruan kerana masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berwajib..
Agak gentar juga dengan berita-berita yang didengari dan yang terpampang di dada akhbar. Moga-moga dipermudahkan segalanya.. Amin..
hai...dah nak tiba waktunya pun masih nak tunggu pihak berwajib lagi...harap sentiasa berhati2 di negara org...jgn lupa org Malaysia.....
ReplyDelete