Pages

Thursday, January 26, 2012

Jemputan dari DIA



Travelog Haji - Tidak pernah terlintas pun difikiran sebelum ini untuk membaca Travelog Haji. Sibuk membaca travelog tentang Indonesia, Cambodia, Eropah, Asia, Korea dan lain-lain negara lagi. Mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati. MEKAH- belum pernah terbaca lagi..

Buku 'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' telah lama dibeli. Jika tidak silap bulan 12 tahun lepas di SACC Mall, Shah Alam. Baca sedikit..TUTUP... Sambung baca buku lain.. Dua, tiga kali begitu..Akhirnya buku ini terdampar sepi di atas meja di dalam bilik.

Semalam, entah mengapa seperti terpanggil untuk mengambil dan membaca buku ini semula. Lantas buku tersebut dicapai dan mula membaca. Niat di hati ingin menghabiskan bacaan dalam tempoh setengah hari.

Jika buku Fiksyen 302 dan Mikhail karya RAM boleh dihabiskan dalam masa 1 hari, tak mungkin buku yang hanya mempunyai 49 bab dan 172 ms tidak dapat dihabiskan dalam masa setengah hari. Insyaallah..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walau apa pun, semua itu di atas ketentuanNYA. Jika diizinkan olehNYA.

'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' merupakan sebuah buku yang ditulis oleh Profesor Dr. Kamil Ibrahim. Seorang Profesor Perakaunan di UiTM, Shah Alam. Buku ini mula diterbitkan pada tahun 2008. Gaya bahasanya yang mudah, ringkas dan bersahaja mampu menggoncang hati dan perasaan - kata Dato' Dr Zaini Mohd Arief, pembeli 1000 naskah pertama.

Bagi saya, buku tulisan Prof Dr Kamil ini sangat-sangat menarik. Benar seperti kata Dato' Dr. Zaini, bahasanya mudah dan ringkas.. Subhanallah.. Hanya perkataan itu yang mampu diucapkan semasa membaca kisah yang diceritakan oleh Prof. Dr. Kamil. 

Pengalaman mengerjakan ibadat haji yang diceritakan oleh Prof. Dr. Kamil ini sangat-sangat menyentuh hati saya. Peristiwa yang berlaku kepada beliau, isteri, adik, kakak serta jemaah-jemaah haji yang lain diceritakan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan sebarang rasa aib dan riyak. Banyak peristiwa yang diceritakan membuahkan rasa sebak dan insaf dalam diri. Keinginan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah begitu kuat..

Buku ini ternyata mengubah tanggapan saya. Jika dulu, saya fikir biarlah orang-orang yang sudah berumur pergi dahulu mengerjakan haji. Kita yang masih muda ini buat apa hendak sibuk-sibuk. Berilah peluang kepada mereka. Mungkin umur mereka tidak panjang. Masyaallah..begitu ceteknya akal fikiran saya. Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki..Itu semua adalah ketentuan Allah swt....Astaghfirullah...Ya Allah..jahil sungguh diri ini. Ampunkan kekhilafanku ya Allah...

Benar seperti apa yang ditulis oleh Prof. Dr. Kamil~menunaikan fardu haji secara holistiknya adalah sebuah jemputan yang istimewa daripada 'tuan rumah, pencipta yang maha agung. Jika tiada jemputan daripadaNYA, maka walaupun sudah mempunyai pasport dan gelang haji, pemergian ke Tanah Suci terpaksa ditangguhkan. Teringat cerita Haji Ghazali (rakan sekerja) semasa di puncak Gunung Angsi. Beliau menceritakan bagaimana Allah swt membukakan hati beliau untuk menunaikan rukan islam yang ke 5 kepada saya dan Amin. Sayu terasa mendengar kisah beliau yang ada sedikit persamaan dengan kisah Prof. Dr. Kamil. Pelbagai bentuk jemputan yang dikirimkan oleh DIA kepada hambaNYA... Bagaimanakah bentuk jemputan yang bakal dikirimkan oleh DIA kepada saya?? Bilakah saya akan menerima jemputan daripada DIA? wallahhualam.. Hanya doa yang mampu dipohon kepada DIA agar diberikan jemputan istimewa tersebut sebelum mata terpejam dan jasad menjadi kaku....

" Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin menunaikan fardu haji. Jemputlah daku, ya Allah. Berikanlah kecukupan wang ringgit. Berikanlah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berikanlah keringanan hati untuk menghadapmu, ya Allah." 
(petikan doa oleh Prof. Dr. Kamil di dalam bukunya)

Moga doa ini juga berhasil untuk saya menerima jemputan istimewa daripada DIA.. Insyaallah...

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk." ( Surah Ali Imran, ayat 97 )

Tuesday, January 24, 2012

|| Canopy Walkway versi FRIM ||

Ingin berkongsi pengalaman kembara ke FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ), Kepong minggu lalu. Patutnya last week lagi dah update entry ke FRIM nie, tapi disebabkan oleh ke'bz'an yang menjadi-jadi maka terpaksalah entry nie bersawang sekejap di dalam drafts..

FRIM- sebuah tempat yang sudah lama diketahui..Pernah sekali berkunjung bersama rombongan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka untuk program Kembara Seni semasa di UiTM Shah Alam lebih kurang 7 tahun yang lepas. Apa yang diketahui tentang FRIM ini hanyalah sebuah hutan simpan. Itu sahaja. TITIK..

Selepas lebih kurang 7 tahun berlalu barulah tergerak hati untuk 'explore' FRIM nie. Itu pun disebabkan oleh cerita sabahat saya tentang 'Canopy Walkway' yang terdapat di dalam FRIM. Owh...baru la tahu yang canopy walkway ada di FRIM..Ingatkan hanya terdapat di Taman Negara sahaja..huhu

Misi pagi Ahad - 15 Januari 2012 adalah untuk merasai pengalaman meniti Canopy Walkway versi FRIM. (versi Taman Negara Pahang dah rasa....perghhh)

Serba sedikit maklumat yang ingin dikongsi tentang Canopy Walkway di FRIM - panjang titian tersebut adalah 150m dan ia dibina 30m dari paras tanah..Laluan ini dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna.

Saya tiba di FRIM lebih kurang pukul 10.10 pagi dan terus ke Kedai Cenderahati FRIM yang terletak di Zon D. Tiket untuk menaiki Canopy Walkway hanya boleh dibeli di kedai tersebut bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.30 petang sahaja. Tiket masuk adalah sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Itu adalah harga bagi warganegara Malaysia sahaja. Jika anda membawa rakan dari luar negara, harga tiket bagi mereka ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak..



|| Peta untuk ke Canopy Walkway || diambil daripada website FRIM ||

Setelah menyiapkan segala kelengkapan, saya memulakan trekking  lebih kurang pukul 10.30 pagi. Untuk sampai ke canopy walkway, pengunjung terlebih dahulu perlu berjalan meredah hutan melalui Rover Track. Perjalanan melalui Rover Track mengambil masa lebih kurang 30-45 minit (900m) mengikut tahap kecergasan masing-masing. Seperti biasa, perjalanan saya sudah tentunya mengambil masa yang paling lama kerana berhenti untuk klik-klik... =)


Perjalanan melalui Rover Track tidaklah sukar. Hanya trekking yang santai. Setelah 900m berjalan melalui Rover Track, pendakian untuk ke canopy walkway bermula. Mengah jugalah mendaki untuk sampai ke 'entrance'. huhu

Rover track juga adalah laluan bagi
pengemar sukan berbasikal..

|| Laluan pendakian untuk ke 'entrance' Canopy Walkway ||

Kemengahan mendaki terbayar seraya berada di atas titian tersebut. Serasa berada di negara Winter Sonata pula. Macam musim luruh di negara kegilaan remaja zaman sekarang. Daun-daun berguguran tatkala dihembus angin. (haha..ayat klise sgt..) Macam tak nak turun je rasanya.. =)

Kembara saya ke FRIM berakhir lebih kurang jam 1.15 petang. Di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa berada di sana....






|| Crown Shyness ||

Selesai.. Next 'entry' ~ Taman Metropolitan, Kepong @ Taman Layang-Layang...







Tuesday, January 17, 2012

|| Reminder ||

" Orang yang benar-benar hidup ialah mereka yang memberi manfaat. Jika kita disibukkan dengan mengenang masa lalu dan sentiasa kasihankan diri, berkecil hati, marah dan dendam...bagaimana kita akan memberi manfaat. Lagi kita tiada fokus, lagi banyak kita menyesal dan marah, dendam dan berkecil hati. Tanya apa tujuan hidup... kita akan hilang segala dendam dan marah.. Insyaallah.. Hargai kehidupan kita setiap saat dengan memberi manfaat dan jangan melakukan kerosakan.. "


Petikan daripada kata-kata oleh Prof Dr Muhaya...


Tengs, prof.... It's a good reminder for myself...

Saturday, January 14, 2012

Cinta Harus Memiliki- Anuar Zain

Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari?

Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…

Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari?

Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit.....




Friday, January 13, 2012

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali...

Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan berita tentang kematian.. Baru 2 hari lepas mendapat khabar berita tentang ayah rakan sekerja meninggal dunia di Kelantan..Pagi ini satu lagi berita diterima tentang ibu kepada bekas anak murid dan isteri kepada NYDP PIBG SKTM meninggal dunia. ~Innalillahiwainnailahirojiun~

Hari ini juga merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah perkuburan di Kg. Tok Muda. Sayu terasa apabila kaki melangkah memasuki tanah perkuburan. Sempat disedekahkan surah Al-Fatihah buat penghuni2 di situ..Walaupun hanya dengan berjaket dan berseluar slack, hati tetap terasa mahu melihat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir buat allahyarhamah. Ramai penduduk kampung yang hadir pada majlis pengkebumian tersebut.

Sedikit terkilan kerana terlambat ke tanah perkuburan ( walaupun hanya terletak di hadapan sekolah ). Apabila kami ( kumpulan guru2 ) yang pergi menziarah tiba di tanah perkuburan, jenazah allahyarhamah telah dikebumikan. Hari ini merupakan hari Jumaat, jadi urusan pengkebumian harus disegerakan kerana kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat..Kami menunggu hingga selesai bacaan talkin dan doa..

Walaupun tidak saya ketahui nama allahyarhamah, tetapi saya pernah berjumpa dengannya buat kali pertama dan terakhir di Majlis Makan Malam BKGK SKTM tahun lalu di Hotel Presscott, Klang.. Allahyarhamah merupakan seorang ustazah dan pernah mengajar di SRA Kg. Tok Muda. 

Sebelum balik, kami sempat bertemu dengan anak kembar allahyarhamah yang merupakan anak murid pertama saya ketika mula-mula bergelar pendidik..Mereka berdua kini berada di dalam tingkatan satu.

Zafri dan Zuhri-Dua kembar yang tidak seiras..Mempunyai perwatakan yang berbeza. Zafri ternyata tampak lebih matang daripada Zuhri. Wajah kedua-dua nampak tenang, tetapi dalam hati hanya mereka dan DIA sahaja yang tahu..

Hanya bersalaman dengan mereka sudah membuatkan mata berkaca. Terasa ingin dipeluk mereka untuk memberi sedikit kekuatan. Maafkan cikgu..ternyata cikgu kamu ini bukanlah seorang yang kuat. Terpandang Kak Sue memeluk kedua-dua mereka..Air mata mula mengalir..Terus membelakangkan mereka. Air mata disapu dan terus melangkah keluar dari tanah perkuburan. Tak dapat menahan sebak melihat situasi tersebut.

Otak mula berfikir.. Adakah berita2 kematian yang seringkali didengar ini merupakan satu amaran ataupun  petanda untuk saya supaya lebih mengingat tentang kematian??

Bagaimanakah jika perkara ini terjadi dikalangan ahli keluarga terdekat??..Dapatkah saya menghadapi semua dugaan tersebut??...ataupun mungkinkah akan terjadi pada diri sendiri??...

Wallahhualam...

KEMATIAN itu pasti...cuma bila dan di mana menjadi RAHSIA.. Sesesungguhnya dari DIA kita datang, dan kepada DIA jugalah kita kembali...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... 

Al-Fatihah...

Wednesday, January 11, 2012

|| Rules in Life ||

3 Simple Rules in Life...


1- If you do not GO after what you want,
     you'll never have IT....


2- If you do not ASK
     the answer is always be NO....


3- If you do not step FORWARD,
     you'll always be in the SAME place.. 



LOVE QUOTE OF THE DAY

RARE AS IS TRUE LOVE, TRUE FRIENDSHIP IS RARER.

 ||JEAN DE LA FONTAINE||


ART QUOTE OF THE DAY

THROUGH A PAINTING WE CAN SEE THE WHOLE WORLD.

                                             ||HANS HOFMANN||

Tuesday, January 10, 2012

Quote For Today

" Don't expect too much...
    It's always better to feel..
      surprised than to feel..
       < <Disappointed >>... "


" Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya
    Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yang
      Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu,
        nescaya akan Aku gantikan dengan syurga.. "          
                                                                                        (Al-Hadith)

Monday, January 9, 2012

Kembara Broga

Kunjungan kali ke-3 ke Bukit Broga merupakan kunjungan kali pertama saya bagi tahun 2012.. Berbeza dengan kunjungan kali pertama dan ke-2, kali ini saya memilih mendaki Bukit Broga pada waktu petang untuk menikmati suasana senja di puncak.

Pemanduan dari Kapar ke Semenyih mengambil masa kira-kira satu jam setengah termasuk berenti solat Asar di stesen minyak yang berhampiran. Saya tiba di ladang kelapa sawit yang merupakan tempat permulaan untuk mendaki ke Bukit Broga lebih kurang pukul 5.20 petang.

Setelah menyiapkan semua keperluan ( air mineral, Sneakers, lampu suluh, DSLR ), saya memulakan pendakian pada pukul 5.30 petang. Walaupun mendaki Bukit Broga dikatakan tidak mencabar dan santai, bagi sesiapa yang sudah lama tidak melakukan aktiviti mendaki atau tidak melakukan senaman, agak semput juga rasanya..

::: Pemandangan dari puncak ke 2 :::

Pendakian ke puncak  mengambil masa lebih kurang 45 minit.. Terdapat 3 puncak yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak terakhir.

::Papan tanda yang menyambut ketibaan pendaki
yang berjaya sampai ke puncak::

Pengunjung pada petang itu tidak seramai pengunjung pada waktu pagi.. Lebih selesa untuk menikmati waktu senja di atas puncak tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai..

:: Pemandangan senja di puncak Broga::

::Syukur kepada Allah s.w.t atas kesempatan
yang diberikan::

Lebih kurang 50 minit berada di puncak Broga, saya kembali turun sebelum hari beransur gelap. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 20 minit dari puncak pertama.. 

Pukul 7.30 malam saya sudah berada di dalam kereta untuk meneruskan perjalanan mencari masjid untuk menunaikan solat Maghrib..

Di bawah terdapat beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan untuk kunjungan kali ini.. Mungkin kunjungan seterusnya akan dilakukan pada waktu malam pula.. Insyaallah...

 



Selesai "entry" ke Bukit Broga....







Friday, January 6, 2012

~Patah Seribu~

Walau kau tiada di sini.
Ku tetap ingat semua pesanmu.
Ku hidup seolah-olah kau masih ada.
Bisikan kata kepadaku.
Bilakah kau akan utuskan surat buatku.
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu.
Oh patah seribu hatiku…
Bila mengenangkan segala yang kita bina.. bersama...
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi.
Biar pergimu tanpa relamu.
Namun hatiku tetap rasa.
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota.
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu.
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan.
Patah seribu hatiku.
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama.
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi.
Sayangku mohon padamu.
Segera tinggalkanku.
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju.
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.
Pergilah.....

Thursday, January 5, 2012

~ Hari ke-2 Persekolahan 2012 ~

Selesai sudah hari kedua Minggu Transisi & Orentasi Tahun 1.. Semalam terlupa hendak menulis tentang pengalaman hari pertama sesi persekolahan...Hmmm..


Hari pertama dan hari kedua sesi persekolahan tidak banyak bezanya.. Masih penat ke hulu ke hilir menguruskan murid-murid tahun 1.. Semalam juga diadakan Ujian Penapisan untuk menentukan kelas, sibuk melayan ibu bapa yang datang membeli buku, melayan karenah murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan..Macam-macam ragam ibubapa dan murid-murid dapat dilihat...Hadoiii....


Masih cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mood  bekerja bagi tahun 2012.. Permulaan yang teramatlah perlahan..Kalah cik kura-kura...huhuhu..


Pesanan buat Incik Mood :- Tolonglah kembali...sudah penat mencari, sudah penat menanti... Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan... Betul...tak tipu...sungguh....(tak berani nak sumpah sebab kalo ada sedikit je menda yang  tak betul (bukan tipu, tapi tak betul-sket je pun), nanti boleh kena makan sumpah..huhu)

~Terima Kasih~

Tidak mengharapkan apa-apa sambutan dan tidak juga mengharapkan apa-apa ucapan mahupun hadiah.. Tanpa sebarang sambutan, tanpa sebarang ucapan, angka tetap akan meningkat. Hari yang datang pasti akan berlalu.

Walaubagaimana pun, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang masih mengingati..Walaupun sibuk dengan hari pertama  persekolahan, ternyata masih ada ruang dalam ingatan kalian untuk diri ini.. Terima kasih...

Terima kasih kak Suwaibah Abdullah atas pemberian hadiah yang sangat cantik dan didatangkan jauh dari seberang Laut China Selatan..

Terima kasih, Kak Aznida Mohd Noor yang menghantar SMS ke semua nombor yang diketahui.... I'm so, sorry...

Terima kasih Pn. Khatimah & Kak Rohaya Abdul Wahab,  di atas ucapan kalian.. Mohon maaf ya Kak Aya kerana panggilan tidak berjawab..  ^-^

Terima kasih buat sahabat yang sudah lama tidak bertemu tetapi masih tetap diingatan- Sharita (Ta2) & Arida : Tidak disangka kalian masih ingat.. Terima kasih.. Semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke syurga.. 

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat mak,abah, kak long & anak2 saudara tersayang  -Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Zafran & Yaya.... Alhamdulillah..tahun ini kalian tidak lupa... terima kasih atas sambutan awal yang telah dirancang pada Tahun Baharu yang lalu... Juga terima kasih atas hadiah yang kalian berikan.. (^-^)


Juga kepada Pak Tam.. Harap Pak Tam dapat merealisasikan impian untuk berhijrah.. Terima kasih Pak Tam..

Terima kasih buat cikgu yang sangat-sangat disayangi atas kejutan yang hampir-hampir membuatkan menitisnya air mata di hadapan 31 orang murid-murid Tahun 1 Azam. Kejutan yang sangat bermakna daripada seorang guru, sahabat, mentor bahkan umpama seorang ibu. Terima kasih cikgu...

Terima kasih juga buat adik-adikku ~ Nur Hanna Ilyana & Afiq Aiman yang sempat lagi menyanyikan lagu buat kakakmu ini...



Kasih sayang yang kalian berikan sangat-sangat bermakna buat diri ini... Terima kasih semua.....

Love u all so much.... 

Wednesday, January 4, 2012

2012

Bukan satu permulaan tahun baharu yang diimpi-impikan. Serasa tahun 2012 bakal menjadi tahun yang sangat-sangat mencabar. Semangat untuk berkerja dengan lebih baik daripada tahun lepas -TIADA-KOSONG-

Tak tahu mana yang harus dimulakan, apa yang harus dibuat. Semuanya tampak berbalam-kabur-tidak jelas.

~This wasn't  right. This is not me.~

Mungkin sudah tiba masanya. Perkara yang dahulunya dilengah-lengahkan, ditangguh-tangguhkan, dilakukan tanpa bersungguh-sungguh perlu diambil perhatian yang serius. ~ sangat-sangat SERIUS~

4 tahun bukanlah satu jangkamasa yang pendek. Apabila angka semakin meningkat, perubahan perlu dilakukan.... Kenangan memang sukar untuk dilupakan tetapi, ada ketikanya ia perlu dilakukan demi sebuah kebaikan.

~It is time... yuppp..~ This is the TIME~

Semoga keputusan yang bakal dibuat menjanjikan sebuah kebaikan dan ketenangan dalam diri.

Moga DIA memberkati HIJRAH yang bakal dilaksanakan.

 <Amin>